Tuesday, April 25, 2017

Ijtimak Pemanah Tradisional Malaysia

Bintulu Invitation 2017
Ijtimak Pemanah Tradisional Malaysia

Pada 30 April 2017 , Ahad akan diadakan Bintulu Invitation 2017 bertempat di Masjid Assyakirin, Bintulu. Tunggu apa lagi, kepada pemanah-pemanah tradisional seluruh Malaysia, Jom kita sama-sama memeriahkan sunnah ini bersama-sama.



Tuesday, April 18, 2017

ATMA Bintulu Open Recurve Tournament Series 1

ATMA Bintulu Open
Recurve Tournament Series 1

Pada 15 April 2017, Bertempat di Padang Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu telah berlangsung ATMA Bintulu Open Recurve Tournament Series 1. Pertandingan ini telah berjaya mengumpulkan pemanah-pemanah yang berbakat bukan sahaja di Bintulu, tetapi di Sibu dan Miri. Pertandingan ini juga dianjurkan oleh Assyakirin Traditional & Modern Archery (ATMA).







Tuesday, April 11, 2017

ATMA Bintulu Open

ATMA Bintulu Open Recurve Tournament Series 1

Pada 15 April 2017 (Sabtu) Pukul 7 Pagi hingga 5 Petang bertempat di Padang Sasar, Masjid Assyakirin. Anjuran Assyakirin Traditional and Modern Archery (ATMA). Jumpa Anda Di Sana!


Kejohanan Memanah MSSB Bintulu 2017

Kejohanan Memanah MSSB Bintulu 2017

BINTULU, 7 April 2017 berlangsungnya Kejohanan Memanah MSSB Bintulu 2017 bertempat di Padang Memanah SMK Bandar Bintulu. Setiap Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar Bintulu telah menghantar wakil ke Kejohanan ini dan sekaligus mencari bakat-bakat baru untuk mewakili bahagian Bintulu ke Kejohanan Memanah MSSM Miri 2017 pada bulan Julai. Yume Sports merupakan penaja Kejohanan Memanah MSSB Bintulu 2017.

Pemenang Keseluruhan Sekolah Rendah, SK Kampung Baru Bintulu

Pemenang Keseluruhan Sekolah Menengah, SMK Bandar Bintulu

Ketika Menunggu Siren untuk mengambil markah

Antara Busar Recurve yang digunakan oleh Peserta

Latihan / Sesi Memanaskan Badan 

Markah diambil